Pages

Jika kamu memancing ikan....

(bukan EDISI JIWANG!!)

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit
akibat bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan buat ia menderita
selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya....Janganl ah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan
jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.ZX
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu
kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila
dia beralih arah
renung-renungkanlah..

1 comments:

sindarella said...

tidak semua manusia menghargai apa yg mereka miliki, selalu sgt beri penghrapan pada seseorg, tp akhirnye die pasti melukakan hati seseorg, sush nk cari yang betul2 setia pada kita, sush nk cari yg betul2 ikhlas pada kita..
jagn sesekali cuba syngkn seseorg kalau kita tau akhirnya kita akan melukaknnye.. jagn sesekali beri harapan dan janji manis tuk hidup selamnya sedangkan kita tahu kita akan meninggalkannya...
bermushabah la diri.. hidup didunia hanya semntra...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...