hepi new year 2011
Pertama sekali hari ni tahun baru, hari baru, tarikh baru, bulan baru... termasuklah matlamat baru, misi baru, azam baru. Cakap pasal azam biasanya lelaki akan berazam utk cari duit lebih, kerje dengan gigih, nak skor dapat result power, nak kumpul duit banyak2 utk kawen, beli rumah, beli keter ferrari dan bla bla bla... kenaper lelaki x pernah berazam di tahun baru untuk dapat awek baru?? Hmmm... Mesti korang pelik kan... lelaki sebenarnya tak ramai pun yang suka pasang ramai2 ni . kalao korang nak tahu ramai lelaki amat rimas kalo pasang byak, buat serabut perut, kacau jiwa je. Ini lah yang menunjukkan betapa kbnyakkan lelaki ni setia kalo awek tu diorang sayang sangat, girl patut bersyukur kalo pakwe korang tak discard korang.
Benda aku nak cakap sepanjang 2010
First sekali aku nak mintak maaf kat company2 seperti IJM, Gamuda, UEM, Sime darby yang invite aku utk keje kat company korang. Kawan-kawan kat sana sorry yer...mulanya aku nak p intvw tu tapi memandangkan kasih sayang aku pada Company J jerk aku pun cancel, lagipun aku da sign “kontrak cinta dan kasih” selama 3 tahun yang mana dalam tempoh tu aku takkan berpaling tadah untuk menceraikannya hatta dengan talak satu sekalipun, melainkan aku telah diceraikan. So 2013 nanti korang jangan lupa invite aku lg, comfirm aku p. Huhuhu seksanya “kawen kontrak”, jumpa kekasih lain tak bole mungkir kontrak.
Aku juga nak mintak maaf pada Geng Bus Skulah, Geng Kuda Laut, dan Geng dak tahun asas. Best kawan dengan korang ni semua, macam2 ada...
Setelah 2 tahun++...
Rupanya da 2 tahun lebih aku tak update blog aku ni.. dan tahun 2011 ni, aku kembali dengan blog aku. Apew yang aku da buat 2 tahun lepas? Actually mood aku dalam tempoh 2 tahun lepas sangat2 x der feel nak tulis blog, aper lagi nak baca blog orang lain, disebabkan tiada mood dan tiada masa, so blog aku tak aktiv selama 2 tahun. Woooo lama tu 2 tahun.
Setelah 2 tahun aper yang aku dapat? Ya.. aku dapat ni...
Kad Jemputan??
Ya.. aku dapat banyak kad jemputan kawen. Tahun 2010, kawan aku ramai yang kawen, antaranya; abd. Latif, azrul, khairul, lynn, noriana, ika, sal, zulkarnain, chengkorn, alif, rick, yan, nitiey. Ada 13 jemputan dalam tahun 2010 dari kawan2 aku... sorry guys yang aku dapat pergi hanya 2 orang, ini disebabkan lokasi korang kawen amat jauh dari jarak tempat aku tinggal dan atas faktor-faktor tertentu aku tak dapat p. Mereka sahabat tika aku zaman skulah dahulu. akrab. sudah lama tidak ketemu mereka, masing masing sibuk dengan kerjaya mereka. hebat dalam bidang masing2 ada yang bergelar QS, Jurutera dan ada yang jadi guru. Aku bangga dengan pencapaian mereka.
Apabila aku ke majlis kawen, saat masing masing berbicara, topik tidak lari jauh. Semuanya berkisar perkahwinan. Aduh. Tidak gemar. Bukan tidak mahu berkahwin, tapi mereka seolah olah begitu teruja dengan perkahwinan. Mungkin sudah sampai seru!!. Maklumlah level umur yang agak matang untuk berbicara soal perkahwinan. Bagi yang berkerjaya, mungkin mudah untuk membuat perhitungan. Tapi bagi yang kembali hendak mulakan kerjaya seperti aku, mungkin lain pula persepsinya.
Biarlah mereka berbicara. Bila penat, berhentilah mereka. Aku? Biarlah begini. Andai sudah sampai seru, kahwin juga.
“Dan Kahwinkanlah orang-orang yang bujang diantara kamu, jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Alllah Maha luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui”
-An-Nur 24:32


0 comments:
Post a Comment