
“tak tahan, benci, fedup dan aku bosan melayan.... Mogok! Mogok! Itu saja yang dia tahu...” Itulah keluhan terbaru rakan aku yang sedang hangat bercinta... Ketika baru mula bercinta, berkepit macam belangkas tetapi bila masa sudah lama berlalu berbagai kerenah dan rungutan mula kedengaran. Dalam perjalanan bercinta banyak dugaan dan pancaroba yang perlu ditempuhi, ranjau onak berduri, lopak jalan berliku, jalan mati yang buntu dan kadangkal hujan ditengah hari. Lelaki sebenarnya memerlukan sejenis alat canggih kalo bole macam telefon, yang dapat membantu kita mengelak kesemua onak duri ranjau bercinta memberi amaran awal.... AWAS MASALAH AKAN TIMBUL JIKA TERSILAP KATA!!!
“The best way to fix a relationship problem is to avoid it”.. adakala kita terlupa untuk memahami kehendak semasa bercinta. Adakah lelaki perlu peka dengan perubahan zaman dan masa? Sudah tentu jawapan aku ‘YA’. Tapi bagaimana pula dengan gadis-gadis apekah mereka peka? Benda yang dulunya tak sensitif sekarang jadi isu, benda yang tak kisah sekarang da jadi beban... dan macam-macam lagi. Bak kata S.M Salim ‘’Dulu lain, sekarang lain”
Sudah sudah laeeerrr... berbalik kepada cerita rakan aku, yang binggung melayan kerenah aweknya yang sering mogok. Dalam hati aku “perlukah begitu?”
Kisah bermula apabila aweknya bertanyakan satu soalan, ‘’You suka dengan I sebab I cantik ke atau sebab I bijak?” Kerana tidak mahukan konfrontasi , maka dengan cepatnya rakan aku bagi jawapan, “sudah tentu sebab you bijak...” Belum sempat rakan aku menarik nafas. Awek dia berkata, “so you rasa I tak cantik?” Seminggu awek dia mogok disebabkan jawapannya.
Sebulan kemudian soklan yang sama mula timbul lagi tetapi berbekalkan pengalaman yang lalu maka rakan aku ambil masa nak fikir apakah jawapan yang perlu diberi. Salah beri jawapan mogok seminggu. Seminit kemudian barulan dia beri jawapan. “I rasa I like you because it’s the total package, cantik dan bijak.” Belum sempat dia menarik nafas lega... teman wanitanya kembali berkata, “Why do you have to take time to answer, ini mesti ada benda yang tak kena pasal I. Cakap I dah gemuk ke?” Disebabkan jawapannya itu, sekali lagi seminggu awek dia mogok.
Masalah utama bagi rakan aku ialah jawab salah, tak jawab salah...
so kat sini aku ada list soklan dan jawapan yang korang patut jawab bila soklan macam ni....
Soalan: You rasa I cantik tak?
Jawapan: Senyum.... sambil tergelak manja
(elak daripada cuba jawab soklan begini... gadis sebenarnya tak perlukan untuk jawapan sebegini. Lelaki perlu peka dan bukannya pekak. )
Soalan: Apasal you lambat? You ingat I tunggul?
Jawapan: I tahu I salah, tapi nak buat macam mana, dah lambat...
(Biarlah kita mengalah dengan benda yang remeh ni... Lelaki perlu belajar dari kesilapan. It’s all about trial and error. Bercinta merupakan satu proses kehidupan.)
Soalan: Siapa yang paling bijak menguruskan kewangan, lelaki atau perempuan?
Jawapan: Bab ini I kurang mahir. I can’t answer this now but can I’ll get back to you later.
(elakkan perbalahan... menegakkan benang yang basah merupakan suatu cabaran yang tak produktif. Jika soaklan yang sama kembali, atau susunan ayat telah berubah , jawablah dengan jawapan yang sama.)
Soalan: Kenapa you diam? Marah dengan I ke? You dah boring dengan I kan?
Jawapan: I tengah enjoy this romantic moment. Bukan senang nak enjoy this beautiful moment dengan you, you look beautiful tonight. You look good with this new hair.
(talk it out, it’s ok to enjoy the silence. Kebanyakan gadis perlukan sebanyak mungkin pujian manis. Lelaki perlu peka dengan setiap perubahan yang berlaku kepada aweknya.)

